warkah buat shbt sperjuangan..

•August 18, 2008 • No Comments

sumber:www.isman9.wordpress.com (WEBSITE ISMA ~Ikatan Muslimin Malaysia~)

Bismillahirrahmanirrahim…

Buat sahabat-sahabat seperjuangan di jalan Allah SWT. Semoga dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lembayung rahmat ilahi.

Kita ditemukan oleh Allah di atas jalan dakwah yang suci. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah bertemu, namun dengan izin dan rahmatNya, ukhuwwah yang begitu manis dapat dirasai. Benarlah kata-kata seorang ulama’ dakwah, “Ukhuwwah yang hakiki hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang beriman”. Tanpa iman kepada Allah dan akidah yang benar, perkataan “Ukhuwwah” itu hanya slogan kosong yang meniti di bibir. Terasa hambar.

Warkah ini ana tujukan kepada teman-teman seperjuangan dan sefikrah, baik yang baru tamat zaman persekolahan mahupun yang sedang menuntut di universiti. Semoga antum dalam semangat yang sentiasa membara-bara untuk dakwah ini.
Ikhwah yang dikasihi,

Tarbiyyah itu satu pendidikan, pembinaan diri yang berterusan sehingga nafas yang terakhir. Tarbiyyah yang sebenar hanya dapat difahami dengan pengalaman, bukan hanya dengan pembacaan atau pembelajaran. Jadi ia memerlukan tempoh yang amat panjang. Kalau kita kenang kembali para sahabat yang ditarbiyyah oleh Rasulullah. Nabi kita sentiasa bertemu, berhubung, mengikuti perkembangan sahabat-sahabat. Hampir setiap hari Rasulullah mentarbiyyah mereka menjadi batu asas yang amat kukuh sehingga tidak gentar kepada sesiapa pun kecuali Allah.

Nabi Muhammad bukan sahaja seorang mua’llim (pengajar), malah seorang murabbi (pentarbiyyah). Kita dapat melihat peribadi-peribadi yang dilahirkan dalam suasana tarbiyyah Rasulullah sehingga apabila kita baca kisah mereka membuatkan kita tertanya-tanya.. Continue reading ‘warkah buat shbt sperjuangan..’

cinta psych0.. =)

•August 18, 2008 • No Comments

 

Terdengar olehnya tempo muzik itu. Bergetir rasa hati, mengimbau kenangan dan memori lalu. Kenangan tatkala imannya dia membatu, ketegaran egonya masih belum mencapai tahap klimaks, kerunsingan belum sepenuhnya memenuhi ruang kotak fikiran, hati dan perasaan.Senyuman diukir,mengenangkan saat ditarbiyah,ukhwah berputik, mengenal erti cinta dan persahabatan mengikut teori dan syariat ISLAM yang sebenar.Alhamdulillah, aku dididik dan terdidik dengan roh ISLAM, seharusnya aku berterima kasih pada mereka yang memberi. Benar, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.. =) IRSHAD, betapa engkau telah mencorak diriku sebegini, moga hati, diri, roh, jasad, perasaan dan sebagainya sama ada dalaman dan luaran tetap berpegang teguh dengan tarbiyah yang diperoleh di SMKA AL-IRSHAD. Alahai, rindunyaa.. M0ga sahabat-sahabat yang lain tetap jugak berpegang teguh, menjaga diri, membentuk peribadi sebagaimana yang dianjurkan. “Ya Allah, peliharalah kesemua sahabat-sahabatku.Biarpun diuji iman mereka, bantulah mereka untuk tetap memegang taliMu..” amen..

 

Sahabat

 

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat

Memori dan kenangan manis indah bersama,mencetuskan air mata bahagia. Irama itu bagaikan NEUTRAL STIMULUS yang pada mulanya tidak mencetuskan sebarang respons.Hanyalah sekadar halwa telinga yang menghiburkan hati seorang peminat fanatik nasyid.Memori indah bersama, bagaikan UNCONDITIONED STIMULUS yang melahirkan titisan air mata bahagia.Air mata yang melimpah dari perigi mata secara sudut psikologinya adalah UNCONDITIONED RESPONSE.  Teori Ivan Pavlov melalui eksperimennya ke atas seekor anjing yang melibatkan pengetuk keluli dan daging ternyata benar. Irama nasyid itu telah bertukar daripada NEUTRAL STIMULUS, menjadi CONDITIONED STIMULUS, lantas mencetuskan CONDITIONED RESPONSE. Hakikatnya, irama nasyid  yang sebelum ini langsung tiada makna baginya,kini mampu membuatkan hatinya bergetir, dan dia menangis,gembira!!!

RINDU.. IRSHAD di hati selamanya!!~~

Betul ke teori yg dicipta nie?huhu..

5.36 AM

Study Room,Mahallah Ummu Salamah

salam nisfu syaaban.. =)

•August 17, 2008 • No Comments

 

salam’alayk..

“diriku, izinkan aku berbicara mengikut RENTAK sendiri..pemikiran sendiri, hati sendiri..tak dijajah sesiapa, sesuka hati mengikut apa yg aku fikir,selagi aku tak melanggar syariatNya, izinkan aku berbicara!! izinkan..”

Sejenak fikiran melayang, hati di rumah, jiwa di rumah,Kepala Batas, Pulau Pinang.Jasad di sini, Bumi Nilai, Negeri Sembilan..Memandangkan tiket habis, tak dapat sekali lagi bersama adik-adik tersayang di rumah.. (semua cuti, tak aci btul..huhu..tinggai akak s0rg2 kt cnie..) insyaALLAH, hakikatnya perancangan Allah itu yang terbaik. Hikmahnya aku dah nampak jelas sekarang..

i) kuiz c0mp n psycho brturut.. (isnin n selasa mnggu dpn) konfem kalu duk umah, tak pegang bku wp0n bwk balik bku..

ii) kalu dh blk mnggu nie, 31 hb nie dh xbleh blk.. mira ada kt umah 30 hb, insyaALLAH..still dpt jmpa lg sblum mira blk ke Bumi Cairo.. ;)

iii) dpt sma2 dgn shbt ke msjd,mnymbut kdtgn hari mulia, nisfu syaaban.. dgr sdikit pngisian pn dh ckup buat hti rs sebak sgt..

iv) tak byk ms yg trbuang.. alhamdulillah..mcm2 keja jgk yg dpt disetelkan..brg2 pn dah beli dsb.. alhamdulillah..

v) xyah p0nteng klas hr jumaat lps.. ;)

MASJID Bandar Baru Nilai, 15 Syaaban (8-9.30 p.m)

Agak lama hati terbiar tanpa rawatan.Agak lama, kaki ini tidak melangkah ke rumah Allah,mengabadikan diri secara berjemaah.Agak lama,jiwa tak disentuh dengan perasaan itu.Perasaan yang buat jiwa jadi tenang, fikiran tak menerawang jauh,matlamat jelas..nampak hala tuju!!Semalam,raut tua miliknya, entah kenapa buat hati rasa sedih dan sebak. Sayang dan kasih pada seorang makcik yang berumur dalam lingkungan 60an. Mengheret tubuh bongkok ke sini, semata-mata mencari redha dan kasih Allah..Mata turut meleret pada kanak-kanak kecil, suci bersih.. dalam lingkungan umur 3-4 tahun.Turut sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah..entahlah, cuma sayu.. ermmmm..

“salam nisfu syaaban..” message AMMAR semalam, sempat chatting di YM.Tersenyum, amat berpuas hati.. dia tak lupa walaupun jasad di rumah. Alhamdulillah..rindu plak..huhu..

ermmm….speechless..

wahai hatiku yg gersang..

•August 6, 2008 • No Comments

salam’alaik..

buat hatiku yg kini kosong dan gersang..(got from http://www.badruzamani.org/blog/?p=349 )

HATI yang menganggur lebih berbahaya daripada tubuh badan yang sakit. Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu.

Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran bermaksud:“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” Surah Ali Imran: Ayat 135

 

Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut:

 

  • Berlebih-lebihan melakukan perkara mudah.
  • Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian.

  • Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah.
  • Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa.
  • Orang mukmin hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya.

Amirul Mukminin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata: “Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian takwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Taala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” (Hadis riwayat Muslim)

Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Taala berfirman bermaksud: “Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai. (Surah Al-A’raf ayat: 179).

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Suka bergaul dengan ahli kelab penganggur. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya. Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

Oleh : Dr Juanda Jaya (Penulis bertugas di Pejabat Mufti Negeri Sarawak)

taMan I.S.L.A.M,taMan IDAMAN..(^_^)

•July 24, 2008 • No Comments

Aku mengimpikan TAMAN ISLAM, di dalamnya ada barokah, ada rahmah, ada mahabbah..Tawa anak-anak kecil girang melagukan asmaul husna,sibuk mengeja alif ba ta bersama..Mereka comel bertudung,anak-anak kecil molek seusia 3 tahun yang telah mempraktik konsep “AURAT” itu “WAJIB” dalam kehidupan..wajah mulus generasi al-Quran, sibuk menghafal surah-surah pendek..ibu tetap cantik dan anggun dengan acuan ISLAMI,ayah tetap tegas, namun berbutir bicara hikmah.. ;) Seiring tunduk dan patuh memuji al-Khaliq..!! Kerana Allah..ya, kerana Allah!! :D

Mentari terus memancar, menyuluh bumi TAMAN ISLAM..riang si kelopak bunga bercambah, lentok dedaunan hijau terus berzikir memuji keesaan Allah, MEKAR pepohon di TAMAN ISLAM!! Pemuda gagah melawan mungkar, diiring lantunan kalam-kalam Allah,Pemudi tegas mempertahan maruah dan malu, bersenjatakan IMAN dan MALU..tersisip lembut dalam bicara, sopan dalam tindakan.. subhanallah, indahnya TAMAN ISLAM..

Aku mengimpikan TAMAN ISLAM, biarpun ada secalit noda dan mungkar, hakikatnya benih MUJAHADAH terus bercambah menjadi akar yang mencengkam nafsu dan bisikan syaitan..dibajai IMAN yang tetap subur, lantaran kerap disiram tazkiyatun an-nafs dan tarbiyyah yang menyucuk jiwa.. :D Kita saling berpesan dengan kesabaran dan kebenaran, semua ada hak yang sama,ditarbiyyah dan mentarbiyyah kerana Allah.. subhanallah, indah kan ukhwah fillah??

Indahnya acuan Taman Islam, bersemarak nyata semangat jihad fisabilillah.. biarpun tak punya kuasa melawan dan menentang anasir-anasir dan musuh-musuh nyata, namun berkuasa melawan nafsu durjana.. menegakkan kalimah “Lailahailalah Muhammadurasurullah..”

Ya Allah, betapa aku mengimpikan Taman Islam..bantulah aku untuk mentarbiyyah diriku, tidak mudah terleka dan terlalai dengan hasutan dunia, aku kadangkala LEMAH dan TAK BERDAYA.. Walau badai perjuangan hanya menempias sedikit cuma, namun aku GAGAL mengawal dengan kapal yang aku kemudi..

Moga tak SESAT diperjalanan..

-aku yang sedaya mencintaMu..

::alfaqierah ilallah::